Thursday, February 10, 2011

Tak boleh bla cakap dengan orang yang tak faham bahasa nie.!

Rasa bengang tak angin satu badan tak kalau jumpa bercakap dengan orang yang tak faham bahasa. Elok elok mood romantik ketika itu terus bertukar menjadi serigala jadian.

Before lunch tadi tibe tibe Hp aku berbunyi terteralah nombor yang tidak dikenali. Aku bab bab keluar nombor yang tak dikenali liat sikit nak angkat lagi lagi kalau mesej nombor tak dikenali jangan haraplah aku nak balas. Tapi kadang balas gak berpandukan isi kandungan mesej tersebutlah..haha

Berbalik pada cerita aku dengan malas dan keadaan yang lapar aku pon tekan lah butang hijau di Hp aku. So berlangsunglah perbualan kami..

Aku    : Hello

Orang itu : Hello.tengah buat apa tue..

Dalam hati berkata ohhh lelaki..Pe hal die nie tanya tanya aku buat apa...kenal ke??..Aku pon jawap

Aku : Spe nie???

Orang itu : U tak kenal i ke?? i rayyan la dari maybank..

Terpinga pinga jap..Lepas tue terfikir orang nie call nak suh datang interview keje ke?? coz aku ade mintak keje kat maybank hari tue..haha.. Tapi tak mugkin la kot nape call tak guna nombor opis banyak ke kredit die nak dibazirkan..Aku pon balas balik

Aku : I tak kenal u la..wrong number la.

Orang itu : Nape u nie..U merajuk dengan i ke??

Erkk elehh pe mamat nie citer..Aku cakap salah nombor ape ke halnya yang aku nak merajuk dengan die pulak macam aku kenal ko nak men merajuk merajuk nie.Len la merajuk dengan si sayang yang tue tak xpe..haha..Balas balik kata kata die tadi.

Aku : Eh!u salah nombor la ape hal pulak i nak merajuk pulak..issshhh

Mood aku berubah sedikit tadi agak romantik a.k.a lembut dan sopan menjadi agak keras sebab nak tekan di situ aku tak kenal ko dan ko salah nombor dan juga mahu mengakhiri perbualan yang buang masa itu.Tapi nampaknya die sangat la dengil lalu menjawap.

Orang itu : Nape cakap salah nombor dengan i. I kenal la suara u. i taw nie u..nape merajuk nie..

Aku pon bertambahlah hangenn la..tak faham ke die nie..lantas aku bidas..

Aku : U nak cakap dengan sapa nie..i tak kenal u la u dah salah nombor niee..U nak cakap dengan Halimah ke??

Ok..Halimah 2 adalah orang yang memang aku tak kenal pon asal usul die. Tapi sejak aku tukar nombor baru nie adelah orang yang tidak dikenali mencari halimah..Aku pon agak pelik la sapekah gerangan wanita itu. Mugkin die owner lame nombor aku guna nie. Sebab kalau nombor yang dah tamat tempoh dan tidak digunakan lagi oleh orang terbabit dalam satu jangka masa yang ditetapkan maka nombor tersebut akan dijual semula oleh pihak syarikat telekomunikasi itu. Mugkin la kan aku pon tak tahulah..Jadinya perbualan tadi bersambung dengan lelaki 2 menjawap

Orang itu : Mana u tahu i nak cakap dengan orang name tue. I tak cakap pon i nak cakap dengan sapa.  I nak cakap dengan orang yang guna nombor inie..

Memang menaikkan darah aku betol la mamat nie..

Aku : Yela u kenal ke i..Tapi selalu nombor yang i tak kenal nak cari halimah so i guess u pon nak cakap dengan halimah..So now u dah salah nombor i bukan halimah..

Orang itu : Habis tue u nie spe??

Aku : i Suhana...

Aku pakai bedal je name sapa sapa.. Tak kan aku nak bagthu nama betul aku kat die..Eh!boleh bla la..Die pon jawap 

Orang itu : Nape u nie..u keje mana??keje ape??

Hoiii...Apahal lak aku nak bgthu ko aku keje mane keje ape??Hangeennn plak aku..Tapi aku jawap jugakk..Tapi aku tipu lagi..haha..Eh tak kuase la aku nak jujur dengan die kenal pon tak kan..

Aku : Dekat Shah Alam..Bahagian Admin

Orang itu : ooo...jauhnyaaaa i kat KL..

So whaattt???aku peduli apa dekat ke jauh..Asal ko sebok sebok nak buat temuduga tak rasmi ke dengan aku..Argghh malas aku nak panjang cerita tapi hakikatnya perbualan ini lama gak kan..haha

Aku : So now u wrong number..ok!

Orang itu : Yeke..tapi suara u sama dengan orang yang nak cari tue..I pon dah lama tak call die..

Halamakkk aaii...Aku peduli apa suara aku sama ke tak dengan orang yang ko cari tue..Aku kenal ko pon tak.Nak citer lebih pulak..

Aku : hemm..U salah nombor..bye..

Orang itu : Iyeke..hemm Bye..


Hadoii masih tak percaya tue die salah nombor..Apa ke degil sangat ko nie aku dah cakap sekali ko salah nombor tak gak faham faham kan..Sepak guna trompa aku taw la..Actually mamat nie penah call aku hari tue aku cakap salah nombor then die terima tapi mugkin hari nie die tak percaya die salah nombor so die nak tahu lebih lanjutlahkan..

Seriuss buat mood aku macam serigala jadian je taw..Dahla tengah lapar ketika itu..huhhhh!


P/s : Pada sesiapa yang bernama Halimah sila la call Rayyan 2..Agaknya die rinduka kamo tue..huhu..


No comments: