Wednesday, February 9, 2011

Kau umpana lalang yang melambai lambai di tepi jalan

Bayangkanlah anda semua disama kan bagai lalang..Pe kess lakk aku manusia ko nak samakan aku lalang pakai ko cari pasal ke??..Ala cuba bayangkan je..Anda adalah lalang yang hidup die tepi-tepi jalan dan dok sebok melambai lambai tak tentu hala. Serta berkeadaan kotor kerana disimbah oleh air lecak yang wujud selepas hujan. Lepas tue tiba satu masa riwayat anda ditamatkan begitu sahaja tanpa anda sedari kerana dok sebok melambai lambai.Ntah apa di lambai pon tak tahu.Yang tamatkan riwayat anda adalah insan yang memakai topeng ala ala perompak dan bersenjatakan mesin potong rumput. Die potong anda tanpa rasa belas kasihan dan menghiraukan jeritan batin anda. Pada hari itu tamatlah riwayat anda tidak lah lagi anda melambai lambai di tepi jalan lagi. Nanti yang ada pon keturunan anda yang melambai mengantikan anda dan begitu jugaklah riwayat  seterusnya..

Bayangkan anda macam tue mesti hidup kita tak seindah yang kita mahukan.Yang riwayatnya hanya melambai tanpa hal tuju hidup pon sekadar di pinggiran sahaja.Tapi itu adalah lalang salah satu mahluk yang ciptakan di muka bumi ini dan kita pula manusia yang punyai keperluan kehendak impian dan sebagainya dalam hidup ini.Tetapi untuk pengetahuan ada juga manusia yang mahu jadi seperti lalang kerana mugkin die tak tahu apa die nak dalam hidup die dan die sendiri ada pendirian dalam hidup die.

Kenapa dalam satu perhubungan persahabat yang dijalinkan mesti ada salah seorang daripada sahabat tue menjadi lalang. Walhal kita bersahabat dan saling percayai mempercayai tapi tiba satu ketika segala cerita yang kita pernah kongsi bersama yang ketika itu menjadi rahsia persahabatan kita dengan mengunakan perumpamaan "biar pecah diperut jangan pecah dimulut" sudahnya pecah dimulut juga dan cerita itu menjadi perbualan pihak lain kerana kawan kita si lalang itu. Apakah motif die buat macam tue die dapat ganjaran yang berlipat kali ganti ganda ke??..Dapat maki berganda ganda mugkin.

Selalaunya orang yang macam nie adalah orang pandai sangat berkata kata manis dan orang macam nie yang kita nampak selalu mengambil langkah berdiam diri dan menjadi pendengar setia. Orang nie pon boleh diberikan perumpamaan "Duri dalam daging", "Gunting dalam lipatan dan seangkatan dengannya.

Seterusnya bila tembelang sudah pecah die akan dibuang tanpa rasa belas atas sebab kesalahan yang die lakukan yang sukar di maafkan pada ketika itu. Pada ketika itu juga die tetap menjadi lalang kerana die melambai lambai kerana ingin memohon maaf tetapi hanya dipadang sepi. Tiba satu masa bila kesalahannya sudah pon dimaafkan. Gelaran lalang juga tetap diberkan pada die kerana perangai die sendiri dan sepilah hidup die kehilangan kawan sejati yang setiasa bersama satu ketika dulu. Nasib baik sepi je kalau tamatkan riwayat die tak ke tak berbaloi hidup..




2 comments:

yanamib said...

nice entry..orang lalang ni mmg ada di mana²..jgn terpengaruh dgn dorg and hati² ms berkwn ye =)

Cikziee said...

Memang..kadang dekat kita je tapi kita je tak sedar..alpha sangat..hihi