Thursday, March 17, 2011

Woi Manusia Tolong La Bersyukur Dalam Hidup

Assallammualaikum

Hyeee...Long time jugak tak buat entri.Macam biase ayat yang selalu gunakan..Semestinya sup bonjot adabi..oppss!! salah-salah...semestinya aku sibuk melakukan tugas tugas untuk meningkatkan keuntungan pada company nie tapi gaji aku tak meningkat ningkat gak..haha..Untuk itu aku pon sibuk kan diri mencari pekerjaan lain.weee~~.Alhamdullah da dapat nextmonth da leh koje..hihi

Ok permualaan je dah menunjukkan aku bersyukur dengan apa yang aku dah dpat sekarang dan rezeki yang aku dapat..Alhamdullah...

Tapi tajuk di atas agak kasar..tapi kasar ke??ada lagi kasar aku nak tulis la tapi tak payah la..aku nak sucikan diri nie..supaya bertambah tambah suci..haha

Tapi orang yang tak reti bersyukur nie tak boleh nak cakap baik baik la..Orang seperti ini memang kene kasar je..huhu..Bukan kasar la..tapi tegas dengan mereka nie..

Kalau nak ikut kan memang bersepah orang yang tak reti bersyukur nie..Di mana mana saja ade mereka nie.Kenapalah dorang  nie jadi macam tue..

Salah satu sebabnya mereka nie tak pernah puas dengan apa yang mereka ada..Kita pun tahukan manusia mana penah puas dengan apa yang dah dimiliki itu dah boleh dikira dengan lumrah hidupkan..Aku sendiri pon tak puas lagi dengan apa yang aku ada sekarang dan aku akan cuba sedaya upaya dan usaha dengan lebih lagi untuk hidup nie. Ini bukan bermakna aku tak bersyukur aku cuma nak meningkatkan tahap kehidupan supaya lebih baik..Tak salah kan..

Lagi sebab orang yang bersyukur nie die tak boleh tengok orang lebih dari die..Kalau boleh orang sekeliling jaganla nak lebih baik dari die ke lebih pape sekali pon mesti die pun nak dan akan buat ape saja asalkan dapat.Asal dapat kalau berpuas hati tak pe gak dah dapat nie tak puas hati lagi banyak komplen komplen..Kat situ dah nampak die tak bersyukur langsung dengan nikmat Allah dah bagi pada die..

Selalunya orang yang bersyukur nie pon boleh di ketegorikan sebagai orang yang tak reti nak menghargai sesuatu itu. Lebih kurang je maksud die cuma perkataan lain lain..Meraka tak akan menghargai apa yang dah ada depan mereka dan bila satu ketika apa yang ada depan mereka itu pergi pada masa itu mereka mula lah nak rasa nak menyesal..hellooo der tak guna lu nak nyesal nyesal bagai la..Dah tak guna da,,Tue la sapa suruh tak tahu menghargai dan bersyukur..

Orang macam nie mereka akan menyesal lambat laun tapi bila nak rasa menyesal tue ambik masa gak la sebab sekarang mereka di bagi nikmat dulu..Lepas dah naik lemak time tue sesuatu akan terjadi dalam hidup mereka yang akan melibatkan masa depan..Masa itu timbul la rasa menyesal la..Mase tue sebaiknya cakap kat mereka mereka nie..Padan muka lu derrr...hahaha..plus gelak setan sekali..haha..Tak baik la weh! ksian mereka kan..

Sebaiknya bagi la nasihat pedih pedih lagi pedih pada mereka..Baru mereka rasekan sampai jantung..haha..Isshh kejam kejam..Bukan bukan bagi la mereka nasihat yang membina supaya mereka tak ulangi perkara yang sama dalam hidup..Hidupkan cuma sekali..Kalau hidup berkali kali nak buat lagi xpe gak..haha

Jadi kita sebagai manusia bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang kalau kita mahu lagi usaha la lebih gigih..Insyaallah akan ada rezeki kita bila kita berusaha..




Thursday, March 10, 2011

Update blog setelah Tengok ia semakin nak pupus...

Assalammmualaaiiikummmm....

Selamat bergembira dan berbhagia saya ucapakn...

Giler lama aku tak update blog nie..mesti korang pon tak heran la aku update ke tak..Alahai kesiannya aku..huhu..Bukan aku tak nak update tapi de mslah negara cket la..Mengalahkan menteri kot..hhaha.. Tapi Tapi bukan bermakna aku tak bukak langsung blog aku bukak gak oke.. Ushar ushar entri entri yang aku folow..Ade bnde nak kate aku komen..Hanya itu yang mampu setakat tak update blog nie..hihi..Ok la kan dari tak wujud langsung kan.

Ok habis dah bab mukadimah itu..

Perenggan seterusnya aku nak bagithu..Pada siapa yang tak nak tahu sila la pergi mainn jauh jauh ye..
Pagi ini je mood aku telah disentap oleh seorang manusia yang isssshh!! tak tahu nak diketegorikan die ape ntah..Die dah buat aku hilang saat gembira aku seketika..Tappi tak ape..Hari ini hari die esok lusa tulat dan seterusnya hari aku pulak..haha..

Ok sesi lepas perasaan sampai di situ sahaja oke.

Next perenggan nak berkongsi sesuatu..Korang kalau rasa tak nak kongsi  takpelah..aku tetap tulis gak..kekekeke..Aku just nak kongsi. Semua and rata rata orang Malaysia nie mesti ade FB kan.Orang yang duduk kampung hulu hulu pon dah tahu FB nie dan FB meraka pon dah ade Friends siap sampai overload dan siap dah boleh buat page like lagi..Hebat tak..tak kisahla sehebat mana pon anda semua janji anda bahagiakan..Tapi itulah disarankan lah pada semua jangan la nak over sangat upload gambar dalam FB untuk tontonan umum..Upload gambar yang memalukan diri dan menjatuhkan maruah diri sendiri.Lagi yang perempuan.Sebagai contoh upload gambar sampai nampak lurah dendam alor gajah semua..Orang yang komen memangla cakap cantik la comel la apelah tapi tahukah hakikat yang sedikit sebanyak maruah anda semakin lama semakin hilang ketika itu.Semua orang dah boleh tahu aurat anda ketika itu..Jadi bila anda kahwin nanti ape yang istimewa yang anda nak tunjukkan pada si suami nanti..Dah tak ade makne da..smua itu dan tak istimewa pon sebab orang len dah tengok dah,,Hemm pikirkan la..Tapi nak upload gak suka hatilah hak individu kan..

Lepas tu kalau la boleh tak payah la anda semua nak bagitahu satu dunia yang anda tengah berbahagia sekarang bersama yang tercinta..lagi lagi yang belom kawin nie..Yelah kan semua orang tahu anda bahagia lepas tu time tengah gaduh update status maki maki lepas tue smua orang tahu anda tengah bergaduh sudahnya tak ada privasi dalam hidupkan semua anda nak cerita kan. Orang pon dah boleh agak situasi anda..Sampai tahap semua orang boleh meluat la..Pastue cerita belakang hal anda.Padan muka..Yelah kan time tengah bhagia bukan main lagi bersayang sayang "mama i love u" papa miss u" darling u my everthing" time tengah gaduh semua nak cakap nak ungkit sampai bende sendiri di sebut..haisshhh..Malu je wehh....Tapi kalau nak buat gak suka hatilah la hak masing masing..Hanya nak kongsi je..Kadang kala aku pon begitu jugak kita manusia kan sentiase melakukan kesilapan..=_________=

Ok perenggan kongi kongsi dan habis..



Agak panjang perenggan atas tue ye..Yang ni pulak nak cerita yang aku nak bla da..haha



@___@


Dahla menaip penat lak...



>.<



Byeee anda semua =____=